Saturday, May 19, 2012

Guestbook done !!!

Dari sehari ke sehari aku tangguh nk D.I.Y guestbook nie. Hari ni aku ambil kesempatan nak siapkan xnak dah tangguh2 sebab minggu depan aku dah mula bercuti. Jadi ape yang xsiap tu aku siapkan dalam masa 2 hari ni sebelum aku tumpukan pada kerja diopis sebelum aku mula bercuti untuk majlis besar aku pada  02.06.2012.


Mesti ada yang tanya nape xtempah saja. lagipun skank byk bisnes on9 yang buat tempahan guestbook nie. Aku bukan xnak tapi aku lagi puas D.I.Y sendiri, lagi puas hati nak create cne pun lagipun kalau buat sendiri lebih save badget dari menempah.



Inilah yang telah dapat dihasilkan oleh tangan sendiri. takdelah cantik mane pun namun berpuas ati jugaklah sebab terhasil dari air tangan sendiri hehe...Dan kebanyakkan persiapan untuk hari besar aku, aku D.I.Y sendiri jerk sebab agak cerewet dengan penggunaan warna. Pada kengkawan yang hadir nanti bolehla mencoret sedikit nota ucapan di sini ya ^______^

talk to my hand : kalau rajin boleh singgah main blog mila er. http://milaahmad.blogspot.com

Wednesday, May 16, 2012

bunga tisu untuk centerpiece

bunga yang kat atas ni adalah bunga tisu yang di DIY oleh mila sendiri huhuhu...mengantuk gila nak buat bunga ni. mungkin ada yang tertanya2 untuk apa. Bunga tisu ni adalah untuk diletakkan di atas meja tetamu. takpun lebih dikenali dengan 'centerpiece'

wordless wednesday-CENTERPIECE

Gila cumel centerpiece ni kan ? ^_________^


Nak tengok Centerpiece yang mila DIY sendiri heee...takdelah lawa sangat tapi boleh la...taraaaa...

Monday, April 9, 2012

Cara-cara membuat bunga pahar


Bahan-bahan yang diperlukan :- batang lidi,bunga kertas,gunting,pita pelikat,riben kain organza,dawai halus,memanik,kain net 

Cara - cara membuat bunga pahar : cantumkan bahan seperti bunga, reben organza, memanik dan kain net menggunakan pita pelikat dan dawai halus. Maka jadilah seperti di bawah. ringkasnya penerangan mila kan ? kan ? haha... xpandai la nak terangkan satu-satu sebab mila bukan cikgu hehe... Selamat Mencuba !

Friday, April 6, 2012

Draft kad kahwin



kad kahwin yang telah ditempah oleh mila. Simpe jerk, setimpal dengan harganya. Kad ni mila tempah kat KL jerk sebab takde masa nak tempah kat kampung. harga pun mungkin lebih kurang je kan? so malas nak pening2 kepala mila tempah di KL sahaja. kemungkinan kad akan siap lagi 2 minggu. Tempah pun xbanyak hanya 600 keping sahaja yang selebihnya hanya pakai laman sosial senang je sekarang dunia dah canggih guna FB jerk. Oh ye mila ada juga tempah bunting, tapi masih KIV sebabnya mila belum buat pre- wedding lagi -.='. Nak ckp yang saya ni sibuk sgtlah konon haha...sepatutnya pre-wed buat bulan 1 tapi terpaksa dipostpone ke bulan 4. giler lama  memg sadis gila...Mungkin ada yang tertanya2 mila tempah kat mana kad kahwin nie kan? mila tempah kat SINI bagi mila semua design kat tempat ni sumpah cun gila. Harga ia memg sangat-sangat berpatutan, kalau xcaya korang boleh datang sendiri dan buat pilihan sendiri pasti tidak menghampakan tau.

Wednesday, April 4, 2012

design baju persandingan

wordless wednesday  hari ni, hehe...finally mila dah decide dah design baju yang  nak dibuat sewaktu majlis persandingan. Memandangkan tema untuk majlis persandingan adalah peach dan butik akak tu memg takde warna pilihan aku tu lagi. makanya dapatlah aku baju baru design sendiri hikhikhik..suka2.

Berbulan-bulan  mencari design yang mila nak. dah banyak gambar yang mila emailkan pada kak mai (butik) tu sampai akak tu mesti pening dengan kerenah aku yang xtetap pendirian tu.kejap berubah mcm tu kejap mcm nie. Maaf kak! mila memg giler cerewet. sebab tu klu akak cas harga tambahan pun xpe janji mila puas ati dengan perkhidmatan



Ni lah dia design baju yang mila inginkan. Faktor utama design ini dipilih adalah supaya mila kelihatan lebih tinggi dari biasa hehe...Cantik kan ? harap2 lah akak butik tu dapat merealisasikan impian mila untuk kelihatan tinggi dan langsing. Oke sedang berangan ye! haha... xsabar nak tunggu baju dah siap! ;)

door gift for VIP

door gift untuk VIP ni mila buat xbanyak hanya 50 sahaja. itu pun untuk diberikan kepada pihak lelaki sahaja. Untuk kawan2 mila bagi lain. Konon2 xnak sama lah. heeee...Door gift ni mila DIY sendiri je lebih jimat sebab kalau beli siap ia berharga RM4.00 sedangkan kos DIY sendiri hanya RM3.00 jimat RM1.00, 50pcs dah jimat RM50.00.


Riben kat atas ni ibu mila DIY sendiri.cantik kan? mintak tolong kat ibu  memandangkan mila banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan maklumlah makin dekat makin banyak benda perlu dibuat.Terima Kasih ibu susah payah untuk siapkan riben ni.Nasib baiklah hanya 50 pcs jerk kalau 2000 mila pun pengsan -.='


sebelum letak riben

dah diletakkan riben


Baru siap 25 pcs ada lagi 25 pcs. hari tu balik kampung xbanyak yang boleh disiapkan sebab jadual penuh dengan aktiviti untuk menguruskan hal majlis perkahwinan ni. So decide nak bawak balik ke KL bila2 masa lapang boleh  siapkan.