Saturday, May 19, 2012

Guestbook done !!!

Dari sehari ke sehari aku tangguh nk D.I.Y guestbook nie. Hari ni aku ambil kesempatan nak siapkan xnak dah tangguh2 sebab minggu depan aku dah mula bercuti. Jadi ape yang xsiap tu aku siapkan dalam masa 2 hari ni sebelum aku tumpukan pada kerja diopis sebelum aku mula bercuti untuk majlis besar aku pada  02.06.2012.


Mesti ada yang tanya nape xtempah saja. lagipun skank byk bisnes on9 yang buat tempahan guestbook nie. Aku bukan xnak tapi aku lagi puas D.I.Y sendiri, lagi puas hati nak create cne pun lagipun kalau buat sendiri lebih save badget dari menempah.



Inilah yang telah dapat dihasilkan oleh tangan sendiri. takdelah cantik mane pun namun berpuas ati jugaklah sebab terhasil dari air tangan sendiri hehe...Dan kebanyakkan persiapan untuk hari besar aku, aku D.I.Y sendiri jerk sebab agak cerewet dengan penggunaan warna. Pada kengkawan yang hadir nanti bolehla mencoret sedikit nota ucapan di sini ya ^______^

talk to my hand : kalau rajin boleh singgah main blog mila er. http://milaahmad.blogspot.com

Wednesday, May 16, 2012

bunga tisu untuk centerpiece

bunga yang kat atas ni adalah bunga tisu yang di DIY oleh mila sendiri huhuhu...mengantuk gila nak buat bunga ni. mungkin ada yang tertanya2 untuk apa. Bunga tisu ni adalah untuk diletakkan di atas meja tetamu. takpun lebih dikenali dengan 'centerpiece'

wordless wednesday-CENTERPIECE

Gila cumel centerpiece ni kan ? ^_________^


Nak tengok Centerpiece yang mila DIY sendiri heee...takdelah lawa sangat tapi boleh la...taraaaa...

Monday, April 9, 2012

Cara-cara membuat bunga pahar


Bahan-bahan yang diperlukan :- batang lidi,bunga kertas,gunting,pita pelikat,riben kain organza,dawai halus,memanik,kain net 

Cara - cara membuat bunga pahar : cantumkan bahan seperti bunga, reben organza, memanik dan kain net menggunakan pita pelikat dan dawai halus. Maka jadilah seperti di bawah. ringkasnya penerangan mila kan ? kan ? haha... xpandai la nak terangkan satu-satu sebab mila bukan cikgu hehe... Selamat Mencuba !

Friday, April 6, 2012

Draft kad kahwin



kad kahwin yang telah ditempah oleh mila. Simpe jerk, setimpal dengan harganya. Kad ni mila tempah kat KL jerk sebab takde masa nak tempah kat kampung. harga pun mungkin lebih kurang je kan? so malas nak pening2 kepala mila tempah di KL sahaja. kemungkinan kad akan siap lagi 2 minggu. Tempah pun xbanyak hanya 600 keping sahaja yang selebihnya hanya pakai laman sosial senang je sekarang dunia dah canggih guna FB jerk. Oh ye mila ada juga tempah bunting, tapi masih KIV sebabnya mila belum buat pre- wedding lagi -.='. Nak ckp yang saya ni sibuk sgtlah konon haha...sepatutnya pre-wed buat bulan 1 tapi terpaksa dipostpone ke bulan 4. giler lama  memg sadis gila...Mungkin ada yang tertanya2 mila tempah kat mana kad kahwin nie kan? mila tempah kat SINI bagi mila semua design kat tempat ni sumpah cun gila. Harga ia memg sangat-sangat berpatutan, kalau xcaya korang boleh datang sendiri dan buat pilihan sendiri pasti tidak menghampakan tau.

Wednesday, April 4, 2012

design baju persandingan

wordless wednesday  hari ni, hehe...finally mila dah decide dah design baju yang  nak dibuat sewaktu majlis persandingan. Memandangkan tema untuk majlis persandingan adalah peach dan butik akak tu memg takde warna pilihan aku tu lagi. makanya dapatlah aku baju baru design sendiri hikhikhik..suka2.

Berbulan-bulan  mencari design yang mila nak. dah banyak gambar yang mila emailkan pada kak mai (butik) tu sampai akak tu mesti pening dengan kerenah aku yang xtetap pendirian tu.kejap berubah mcm tu kejap mcm nie. Maaf kak! mila memg giler cerewet. sebab tu klu akak cas harga tambahan pun xpe janji mila puas ati dengan perkhidmatan



Ni lah dia design baju yang mila inginkan. Faktor utama design ini dipilih adalah supaya mila kelihatan lebih tinggi dari biasa hehe...Cantik kan ? harap2 lah akak butik tu dapat merealisasikan impian mila untuk kelihatan tinggi dan langsing. Oke sedang berangan ye! haha... xsabar nak tunggu baju dah siap! ;)

door gift for VIP

door gift untuk VIP ni mila buat xbanyak hanya 50 sahaja. itu pun untuk diberikan kepada pihak lelaki sahaja. Untuk kawan2 mila bagi lain. Konon2 xnak sama lah. heeee...Door gift ni mila DIY sendiri je lebih jimat sebab kalau beli siap ia berharga RM4.00 sedangkan kos DIY sendiri hanya RM3.00 jimat RM1.00, 50pcs dah jimat RM50.00.


Riben kat atas ni ibu mila DIY sendiri.cantik kan? mintak tolong kat ibu  memandangkan mila banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan maklumlah makin dekat makin banyak benda perlu dibuat.Terima Kasih ibu susah payah untuk siapkan riben ni.Nasib baiklah hanya 50 pcs jerk kalau 2000 mila pun pengsan -.='


sebelum letak riben

dah diletakkan riben


Baru siap 25 pcs ada lagi 25 pcs. hari tu balik kampung xbanyak yang boleh disiapkan sebab jadual penuh dengan aktiviti untuk menguruskan hal majlis perkahwinan ni. So decide nak bawak balik ke KL bila2 masa lapang boleh  siapkan.

Thursday, March 29, 2012

bunga pahar buatan sendiri.

Baru je menyiapkan 23 tangkai bunga pahar ni. bercintalah jugak nak siapkan lagi 86 tangkai lagi naseb baik lah buat xbanyak sgt heee...mila xdelah expert sangat buat bunga pahar nie tapi disebabkan nak warna peach bunga pasal jenuhlah cari seluruh kedai barang hantaran tapi stil xde warna yang berkenan so decide nak buat sendiri. so inilah hasilnya ^_________^

Friday, January 20, 2012

veil ni cantik kan?

dah lama aku dok berkenan design² veil kat KK-Collection tu, memg cantik giler ko tau, nasiblah aku dah beli dah siap veil kat jakel masa beli kain baju nikah tu dulu so hanya boleh tengok jela gambar2 veil kat fb diaowang

 
most of veils cantik² kan ? aku dok berkenan dengan warna kelabu tu cantik sgt eih. korang tu yang mana belum veil bolehla beli kat sini. Harga bagi aku not bad lah benda cantik mestila mahal kan ? bila dah mahal  mesti puas ati ^__________^

Tapi aku lak igt veil yang dah sedia ada tu nak DIY sendiri, veil aku tu macam simple sgt maniknye, memandangkan tudung yang aku pakai tu plain xde ape hiasan jadi veil aku nak kasi crowded dgn hiasan. Bukan reti sangat  nak DIY sendiri ni jahit² manik bagai, tapi kita kena cuba. xcuba xtau ye dak ??? Nanti bila aku dah berjaya jahit manik tu aku tunjuk ea.time lunch dah tiba nak soru....daaaa..

Wednesday, January 18, 2012

wedding cake

 
cumel tak kek kat atas nie ? cumel kan ? kombinasi warna peach dan putih  pada kek tu aku berkenan sangat. Tema majlis persandingan aku kan warna nie so aku nak buat kek macam nie, igtkan nak order kat owner yang buat kek nie tapi kan ? tapi owner yang buat kek ni kat Pineng, majlis aku kat johor..Wuaaarrggghhh..memg xdapatlah nak booking cake nie.

Before ni aku ada minx price kek yang camnie dari akak yang buat cake dan cupcake aku masa  majlis pertunangan aku dulu.Tapi untuk date wedding aku tu akak ni xamek order dah sebab nak dekat raya so tempahan akan lebih fokus kepada biskut raya Seeedddiiihhh la sangat aku nie T______T sek baek tanya awal kalau tak lagi stress nak cari sape yang boleh buat kek macam kat atas tu.Oh ye Sape² yang duk area batu pahat bole tempah wedding cake kat akak yang peramah ni .Ni link dia ye [Cuppacake-BLicious ] skank ni aku tengah mencari mane² pembuat kek area johor yang boleh buat kek macam kat atas tu. Selain tu aku nak juga tempah cupcake.
 
yang duk kat pineng tu korang bolehla order kat melting bites banyak design cantik² tau bila tengok memg boleh melting T_____________T sesuailah macam nama kat FB dia. Oke skank masih mencari pembuat kek yang boleh buat kek dan cupcake macam yang aku nak. Teruskan usaha anda Cik Mila ^______^

Tuesday, January 17, 2012

design baju nikah


Yeah, akhirnya aku dah jumpa pun design baju nikah yang aku nak . Acely nak buat yang simple2 macam baju kurung moden sebab baju tu boleh digunakan semula lepas akad nikah nanti. Untuk baju akad nikah aku xsewa tapi beli sendiri kain untuk buat baju sebab itu atas permintaan dari pihak lelaki Akad nikah lak, aku pilih tema biru but not sure biru turquoise or biru aqua tapi janji birulah hehe…Beli kat jakel amek yang pakejnye. Gambar kain lupa nak amek sebab kain tu ada kat kpg.Nasib baik dalam fon ada satu
 Kalau dulu time tunang, aku dah buat jenis dress labuh ke bawah, dan baru  perasan bila pakai jenis yang labuh aku kelihatan pendek disitu T___________T jadi lepas tu aku decide xnk dah buat labuh2 bab tu nak patern mcm cik pika ni.mcm kurung moden tapi bercekak musang.
 

cantik kan?
 Aku suka design baju tunang cik shafika nie nampak cantik dia pakai. Kalau boleh nak cari patern yang ada koler atau cekak musang sebab aku nak tudung yang aku pakai masa akad nikah tu dimasukkan ke dalam biar nampak kemas macam cik fika ni pakai. Oh ye cik shafika, mila pinjam gambar baju ea nak buat contoh untuk design baju akad nikah mila ^______^.

Simple je baju dia kan ? tapi memg lawa kalau kena gaya. Jadi untuk patern baju nikah dah setel tinggal nak anta pada tailor untuk dijahit, tapi tailor pun aku xpasti sape sebab ada 2 org tailor yang dlm list xsure nak pilih siapa. Satu makcik en tunang satu lagi adik ipar sepupu aku, still KIV bab tu.Veil pun beli sekali dengan kain baju nikah dapat murah heeee....aku igt nak DIY veil tu cikit di bahagian kepala biar nampak crowded.Tak tau la nak start bila, harap sempat lah.

Talk to my hand : dlm proses mengecikkan badan haha….macam boleh kecik je kan ? T_______T

Thursday, January 12, 2012

love this colour


Aku suka sangat dengan warna ni wey, very the lembut u know sejuk jerk tengok, dulu masa mula2 warna ni baru nak naik xdelah nampak macam cantik tpi skank warna ni tengah 'in'. Mak aku pun suka dengan warna ni, dia yang pilih untuk tema majlis persandingan aku nanti.

Kalau ekut aku, pemilihan warna  mesti warna garang dan terang contoh macam merah + hitam, hijau atau dark purple, biru + pink pun cantik kan ? tapi last² warna peach menjadi idaman hati aku heee ....