Thursday, December 29, 2011

baju untuk 'my family'

Assalamualaikum,

Baju aku untuk pre-wedding  pun masih belum beli tapi baju untuk family aku dah beli dah heee....Last week aku balik batu pahat bercuti selama 3 hari., jadi memandangkan aku susah nak pulang ke kampung memandangkan keje yang mengunung so decide nak ajak mak p beli kain pasang untuk buat baju.Beli awal sebab mak aku boleh buat slow-slow.

Banyak kedai jugaklah kitaowang usha kat bandar batu pahat tu, tapi xde warna yang berkenan sebabnya warna yang aku nak tu xbanyak kt batu pahat ni kalau area kuala lumpur mungkin ada tapi aku nak beli dengan mak aku so beli kat batu pahat jela.

badget pun tak 'ramai' so cari yang murah dan mampu beli je hihi..janji baju kami sedondon!last tempat yang kami tuju adalah Carefour , pencarian terhenti disitu , kami dah jumpa baju yang berkenan so sebulat suara memilih kain tersebut.
beli kat Nagoya jerk

 













Semeter RM8.00 jadi aku beli 16 meter termasuk aku. Aku pun nak jugak heee..nanti raya boleh pakai sama kan? kan? untuk adik- beradik lelaki dan abah aku beli warna peach tapi gambar lupa nak ambil la pulak T_______T  Oke dah complete satu kerja.Baju tu nanti mak aku yang akan jahit design baju nanti tak tahu nak buat patern macamane.

Friday, December 23, 2011

Baju untuk Si dia

Assalammualaikum,

Cuti dah pun diconfirmkan oleh En Tunang, yeay!...hanya tunggu confirmation dari photografer sahaja untuk tarikh tu. Memandangkan susah payah En tunang apply cuti untuk Pre-wedding ni so aku siapkan pakaian beliau untuk photoshoot nanti. Memandangkan kami ni jauh that y la aku belikan baju tuk dia sebab xnak lari tema hihi... Aku tau beliau memg xde masa untuk ini semua memandangkan tuntutan kerja yang banyak jadi aku sukarela menyiapkannya. Beliau dapat cuti pun dah kira oke bagi aku.


Baju kotak-kotak ni menjadi pilihan aku sebab nampak smart berwarna merah hitam. Then lengan panjang kan? aku memg suka lelaki pakai kemeja lengan panjang sebab mereka akan kelihatan kemas disitu. En Tunang cakap macam baju koboi zaman dulu T______________T. Yeke ??? ye kowt aku baru perasan.


Kalau dah pakai baju kotak-kotak nie, mesti ada topi kan? kalau xde x'cara' la gitu. baru kelihatan ada sentimental disitu. Kebetulan masa aku p beli kemeja ni aku terjumpala topi ala-ala Bruno Mars so tanpa berlengah aku terus rembat. Senang abes cite. 

Persiapan baju beliau dah siap. Pakaian aku jerk xcomplete lagi mayb next week kowt bila dah gaji hehe...
Entry seterusnya akan di up to date later tunggu ya!

Wednesday, December 21, 2011

warna pilihan untuk pre-wedding

Kalau dulu aku berkenan dengan warna hitam merah untuk dijadikan warna untuk majlis perkahwinan aku, sebab warna tu tersangatlah garang dan nampak mewah tapi sekarang sudah bertukar. Aku memilih untuk menggunakan warna-warna yang lembut sahaja, biar nampak sweet je...Nak tau warna apa ? Sabar biarlah rahsia huhu ... Persiapan utk photoshoot pre-wed pun masih 70% in progress masih ada things yang belum dibeli. Aku nak tunjukkan korang kombinasi warna hitam dengan merah dan ada sedikit warna putih yang aku rasa memg deboOm!meletup tip tOp!





Pemilihan warna untuk pre-wedding aku nanti macam warna gambar kat atas tu, smart kan kombinasi warna tersebut  ??? dan photoshoot akan diadakan pada bulan depan tunggu en tunang turun KL baru boleh shoOt hehe...mayb terlalu awal untuk pre-wedding memandangkan lambat lagi untuk melangsungkan perkahwinan tapi aku hanya merebut peluang dan promosi dari photografer yang menawarkan harga terendah sempena hujung tahun nie so aku grab jela. hihi ...