Ni adalah sebahagian bunga pahar yang aku buat, tapi hanya bunga sahaja tangkai dan net untuk letak telur belum siap lagi. Baru 8 kuntum yang disiapkan ada lagi 1++ yang harus disiapkan haha...gila kentang jenuh jugak nak siapkan benda nie.
Skank kalau korang pasan ramai B2B yang buat bunga pahar menggunakan bunga tisu dan crepe paper. Sangat mudah dan jimat berbanding bunga pahar yang dah siap. Aritu aku tinjau² harga bunga pahar yang lebih kurang yang macam aku nak tu harganya RM 2.00 sekuntum, memg mahal wey !
Lagi satu masalah yang dihadapi adalah pemilihan warna peach. Korang tahu tak susah gila nak cari warna yang aku berkenan kalau ada pun warna oren. tak mau !!! tema aku peach bukan oren. lagipun oren tu striking sangat sakit mata mak nOk!
Kertas yang aku guna kan tu bukan kertas tisu atau crepe paper. Aku xtau apa nama kertas tu tapi ia keras sedikit dari crepe paper. Pakai kertas tu sebab ada warna yang aku nak tu. Agak susah sedikit lah nak buat sebab ia mudah terkoyak, nama pun kertas kan ?
Kertas ni mahal sedikit dari crepe paper tu sebab satu gulung kertas ni hanya dapat 8 kuntum sahaja. Dahla satu gulung tu RM 3.00 tapi xpelah janji warna tu aku suka rembat jela kan, memg susah cari warna peach ni 2, 3 kedai aku masuk baru jumpa warna yang aku nak.
Modal untuk buat sekuntum bunga pahar nie kira-kira :-
kertas bunga : RM 0.38 sen
Manik rantai : RM 0.15 sen
Kain Net :RM 0.15 sen
Batang lidi : RM0.04 sen
Dawai : RM 0.10 sen
Pelekat Net : RM 0.10 sen
Total : RM0.92 sen
No comments:
Post a Comment